Wednesday 31 May 2017

Rumah Untuk Disewa di Nilai (untuk kemasukan Mac/April 2018)

Assalamualaikum wbt.

Dikemaskini 31/1/2018 untuk kemasukan Mac/April 2018.

Lokasi rumah: Batang Benar, Nilai
Jenis rumah : Apartment 3 bilik 2 bilik air
Lain-lain info: Fully tiles , ada lif (guna akses card), lokasi yang strategik, 1 tingkat = 4 pintu rumah dan lain2

Kemudahan lain:
- 3 minit ke KTM Batang Benar
- 2 minit ke sekolah rendah
- 1 minit ke masjid
- 3 minit ke Tol Pajam (LEKAS Highway)
- 30 minit ke KLIA/KLIA2

Dan banyak lagi kelebihan





Siapa yang masih berminat, boleh call / whatsapp di talian 019.2526444

Terima kasih

Friday 26 May 2017

Bercuti Ke Pulau Payar , Kedah

Assalamualaikum wbt & Salam Ramadan..

Harini.. Alhamdulillah.. Dipanjangkan usia kita untuk bersama-sama menghayati bulan Ramadhan untuk kali ini.. Semoga kita semua memperoleh keberkatan sepanjang bulan yang mulia ini..

Untuk makluman sekalian alam, buat masa ni, mood nak menulis blog dah semakin tipis.. Tak dapat dikenalpasti puncanya.. Mungkin kesibukan kerja membuatkan masa agak terhad untuk menulis cerita yang adakalanya ok jugak.. Tapi ada kalanya mengarut-ngarut.. 

Tu diaa.. Sampai dah..

Berbekalkan kekuatan memori, harini ada sikit mood nak story hal Pulau Payar. Baru-baru ni aku ke Pulau Langkawi.. Untuk ketenangan jiwa bersama famili aku.. Bukan nak cerita pasai Langkawi sebab ramai sangat yang dah story hal Pulau Langkawi ni.. Hari ni aku nak story sikit untuk sapa-sapa yang ada planning nak ke Pulau Payar, Kedah..

Okey.. Untuk info, Pulau Payar di kepunyaan Negeri Kedah dan bersempadanan dengan Penang.. Lebih kurang kalau naik feri dari Penang untuk ke Pulau Langkawi, akan melalui Pulau Payar. Pulau Payar ni pulau yang cantik ala-ala Pulau Manukan di Sabah.. Dengan air yang jernih ibarat kaca, dapatlah kita bersnokeling bersama-sama ikan-ikan.. Yang bestnya, boleh menyelam dengan anak ikan jerung.. Serius tak tipu..

Sedikit info untuk ke Pulau Payar jika kita dari Pulau Langkawi:

1. Sebaik sampai Langkawi, masa check-in hotel, boleh tanya reception.. Ttg pakej ke Pulau Payar.. Kebiasaanya hotel boleh uruskan. Cuma harga berbeza.. Mcm aku, harga yang aku dapat RM130/dewasa.. Tu pun puas memujuk staff hotel.. Hahaha.. Patutnya RM140 katanya.. Tapi aku dok survey, memang lingkungan tu rate nya sebab sebelum pi ke Langkawi, aku ada wasap 2-3 orang ejen ke Pulau Payar, memang mcm tu la rate nya.. Pakej RM130 tu termasuk pick-up kat hotel, feri ke Pulau Payar, set lunch, hantar balik hotel termasuk peralatan snorkeling nanti.. Berbaloi tak? Bagi aku okey la.. Seharian kita di pulau kannnn.. Dah bayar untuk ke Pulau Payar? Okey..  Next..

2. Pagi2 esok jam 8.30 hangpa kena tunggu di Lobi Hotel.. Pihak hotel akan bagi satu sticker untuk ditempek di baju untuk tujuan memudahkan team van / bas yang akan pick-up kita dihotel. Driver akan masuk lobi hotel dan tanya kita nanti.. Jom naik bas / van..

Sticker.. tempek ja lah kat baju..

Susah hati nampak mem aku.. Dina cool..

3. Sampai di Jeti Kuah.. Tapi bukan Jeti yang nak pi balik Kuala Perlis tu.. Dia ke atas sikit.. Sampai situ, ada 1 team akan panggil kita dan bagi tagging gelang.. Pastu, dia bagi jugak kupon makan.. Tunggu lah sampai semua yang nak pi sampai kat Jeti tu dulu.. Sambil kita menikmati view yang cantik jugak kat situ..



Menuju ke Feri

4. Tiba masa.. Jom naik feri.. Feri nya besaq.. Boleh muatkan lebih kurang 200 penumpang rasa aku.. Macam feri Kuala Perlis - Pulau Langkawi.. Ok la kan.. Perjalanan dari jeti Kuah ke Pulau Payar lebih kurang 1 jam 30 minit.. Lama jugak la.. Masa dalam feri, staf feri akan bagi kat kita jaket keselamatan.. Untuk keselamatan sepanjang perjalanan dan jugak tujuan snorkeling sekali.

5. Ok. Sampai di Pulau Payar.. Feri tak dibenarkan parking kat jeti.. Dia berenti jauh sikit.. Pastu ada satu bot transit yang akan bawak kita ke jeti. Bot tu sempoi ja.. Mcm rakit moden.. Huhu.. Tapi sat ja perjalanan ke jeti.. Dalam 1-2 minit saja.. Jangan risau kepada sapa yang takut.. 

Ni lah yang aku kata rakit moden tu.. Huhu
Lebih kurang jarak feri ke jeti

6. Sampai jeti, kita akan diberikan taklimat oleh otai laut a.k.a beach boy.. Tentang perkara yang dilarang dan yang boleh dibuat. Pulau Payar ni pulau yang dikawalselia oleh Jabatan Laut.. Tak ada pun penghuni di situ.. Bekalan ayaq pun takdak.. Depa guna ayaq laut ja sebagai ayaq paip depa.. Jadi, jangan lupa.. sebelum mai, sila bawaklah ayaq mineral 2-3 botol untuk bilas badan selepas aktiviti snorkeling.. Selesai ja taklimat, jom kita snorkeling.. Sila dapatkan peralatan untuk snorkeling dahulu..

7. Untuk makluman, ada 2 syarikat yang menguruskan aktiviti di Pulau Payar ni.. Syarikat yang aku ambil ni Coral Island.. Yang lagi satu tu Langkawi Coral.. Yang Langkawi Coral tu lebih mahal kos nya sebab makanan disediakan secara buffet.. Dan tempat dia pun lebih eksekutif..

Ni lah yang aku kata eksekutif sikit tu.. Jarak tak jauh pun

8. Kebiasaannya, dalam jam 11.00am tu kita snorkeling.. Sampailah jam 2.45pm.. Sebab jam 3.00pm kena siap sedia dah untuk balik.. Jadi, lebih kurang 3-4 jam lah kita boleh snorkeling termasuk makan. Makan tu memang dah disediakan.. Nak snorkeling - makan - snorkeling balik pun boleh.. Takdak masalah..

9. Oklah nooo.. Banyak dah bercerita.. Selamat menikmati hidupan marin yang cantik.. Memang berbaloi.. Best jugak Pulau Payar ni.. Nak pi Sabah, banyak modai sangat.. Kat sini pun ok..

Secara kesimpulannya, aktiviti di Pulau Payar ni memang menarik selain daripada dok shopping di Pulau Langkawi saja noooo.. Boleh try..

Selamat Bersnorkeling..  Layan dulu gambaq yang sempat di snap..





Kawasan makan
Aku dah ngantuk daaa.. 

Hellooo.. Hai..

Laluan jalan kaki dari jeti ke pantai

Naik rakit untuk balik.. Bye-bye Payar Island

64 Hari Perginya Ayahanda Ku Ke Rahmatullah

Assalamualaikum wbt & Salam Jumaat..



Hari ni genap 64 hari ayah aku kembali ke rahmatullah. Ingatan aku masih tidak pudar untuk mengingatkan kembali memori aku bersama arwah ayah aku. La ni, aku dah kehilangan mak dan bapak dalam masa 3 tahun 8 bulan.. Sekelip mata, dah berubah..

Esok, Ramadhan pertama aku tanpa kedengaran suara ayah aku. Rindu hati ini bila teringatkan arwah.. Kalau dak, walaupun berjauhan, aku akan telefon bertanyakan menu bukak posa arwah bapak aku pada hari pertama Ramadhan.. Tahun ni, semuanya lenyap.. Hanya hati aku saja yang mengerti..

Ya Allah.. Kau berikanlah kekuatan kepada aku untuk meneruskan kehidupan di muka bumi-Mu ini tanpa ayah dan ibu.. Kekuatan hari ini adalah terhadap isteri dan anak aku.. Serta adik-beradik aku..

Sekalung Al-Fatihah untuk Allahyarham Haji Saed Bin Don dan Allahyarhamah Hjh Siti Maryam Bt Haji Ngah..

Semua mak dan bapak dapat bahagia dan tenang di sana & mudah-mudahan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. Amin.

Thursday 20 April 2017

Ayahanda Ku Kembali Ke Rahmatullah

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera..


Allahyarham Haji Saed Bin Don (17.10.1946 - 23.03.2017)


Tanggal 23.03.2017 (Khamis) jam 12.30pm, menjadi satu lagi tarikh pahit yang harus aku telan. Menerima panggilan telefon dari kampung, menyatakan ayahanda ku telah kembali ke rahmatullah. Hancur luluh hati ini mendengar perkhabaran yang nyata aku tidak mahu mendengar.
Baru 3 tahun 7 bulan ibuku meninggalkan kami sekeluarga menyahut seruan Ilahi, kini, giliran ayahku pula kembali menyahut seruan Ilahi. Innalillah hiwainnailaihirrajioun...

Pengakhiran hidup ayahku sangat mudah. Dipermudahkan oleh Allah SWT...  Pada 23.03.2017 tu, jam 8.00am, tercegat ayahku di Klinik Kesihatan Bagan Serai untuk buat pemeriksaan darah. Memang ada appointment. Kakakku, seorang jururawat di situ mengambil tanggungjawab menguruskan hal pemeriksaan ayahku. Sejam kemudian, balik lah ayahku ke rumah.. Berehat sebentar dirumah, jam 10.30am, ada majlis tahlil di rumah Tuan Imam Haji Din merangkap kenduri kahwin anak Haji Din. Ayahku seperti biasa ke majlis tahlil. Berjumpa dengan rakan2nya. Mungkin kali terakhir.. Didalam benak hati ayahku.. Selepas makan semua, mcm biasa, ayahku bukan pandai nak melepak lama-lama.. Balik lah ke rumah.. Setibanya dirumah, ayah bgtau ibu tiri aku yang kami panggil Tok Umi yang ayah letih. Nak berehat.. Maka, berehatlah diatas katil bujang. Selepas sejam berehat, disedari Tok Umi ayah kembali 'penat'.. Memang sejak 2-3 bulan ni ayah selalu 'penat'.. Dalam berapa ketika, ayah tak sedar.. Dipanggilnya jiran.. Pak Adam.. Pak Awang.. 

Nak dijadikan cerita, telefon rumah pulak rosak.. Aku dalam whatsapp famili ada baca text drpd adik aku yang kata dpt call dari rumah tapi tak dengar suara.. Aku ingat takdak apa la.. Dalam 1 minit, telefon aku pulak berbunyi.. Aku angkat.. Memang betoi.. Tak dengar.. Aku tekan loud speakar.. Dengar sayup-sayup suara Pak Adam.. "Oi.. Hangpa mai balik.. Bapak hangpa tenat.."

Sebaik tu, aku call kakak-kakak aku.. Seakan tak percaya sebab baru tadi pi klinik.. pi kenduri.. Dalam kelam-kabut tu la ayahku yang aku panggil 'pak' telah meninggalkan kami semua.. Sedih tidak terhingga perasaan ini.. Terlalu sedih tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.. Aku telah kehilangan seorang bapa yang sangat berdisiplin dan bertanggungjawab dalam membesarkan anak-anak.

Terima kasih bapak.. Terima kasih.. Dan terima kasih.. Bapak lah insan yang telah berjaya melorongkan aku menjadi seorang pendidik. Dipaksa nya aku menjadi seorang guru.. Diambilnya borang permohonan.. Dihantar nya aku ke temuduga sebab takut aku lari.. Sebab aku takmau jadi cikgu.. 

Harini, baru aku faham.. Kenapa bapak nak aku jadi guru.. Untuk masa depan aku dan keluarga aku.. Bukan kemewahan yang dikejarkan.. Kerjaya yang mulia didunia & akhirat yang diusahakan untuk anak2 nya.. Alhamdulillah.. Aku berjaya menjadi seorang guru setelah lorongan yang dibuka oleh bapak..

Bersemadilah bapak berhampiran pusara mak.. Kami anak-anakmu amat-amat merinduimu.. Hanya iringan doa yang dapat dibekalkan untuk bapak & mak di 'sana'.

Ya Allah.. Kau ampunilah dosa kedua ibubapaku..
Ya Allah.. Kau cucurilah rahmat ke atas kedua ibubapaku..
Ya Allah.. Kau permudahkanlah segala urusan ibubapaku di'sana'..
Ya Allah.. Kau tempatkanlah ibubapa ku bersama-sama para solehin..
Ya Allah.. Kau berikanlah ketenangan & kedamaian kepada ibubapaku di'sana'..

Al-Fatihah untuk Allahyarham Haji Saed Bin Don.. Bapakku yang tercinta.. Yang tersayang.. 

Semoga Allah SWT dapat memberikan yang terbaik untuk bapak disana.. Inshallah.. Amin..

Dikesempatan ini jugak, aku ucapkan terima kasih banyak2 kepada kakak2 aku, adik aku.. Yang selalu menjaga.. melawat.. membantu.. membawak ke klinik berubat.. dan macam-macam lagi tanggungjawab yang hangpa bagi sepanjang hayat bapak dan mak.. Hanya Allah SWT saja yang dapat membalas budi baik hangpa semua..

Tuesday 7 February 2017

Selamat Datang YB Senator Datuk Chong Sin Woon ke SK Desa Jasmin

Assalamualaikum wbt & Salam Selasa..

Banner AGM PIBG.. Jom hadir parent.. 

Thumb up untuk YB Senator Datuk Chong Sin Woon, Timbalan Menteri Pendidikan II yang akan turun ke SK Desa Jasmin bagi merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Desa Jasmin kali ke-17 yang dijadualkan pada 25hb FEBRUARI 2017 akan datang.

Kehadiran YB Senator amat dialu-alukan oleh seluruh warga SK Desa Jasmin, Ahli Jawatankuasa PIBG serta ibu bapa...

Terima kasih banyak kepada rakan politik yang menghubungkan saya dengan YB Senator Datuk. Thanks To En.Ghani.. 

Welcome to our Deputy Minister Of Education..




Saturday 21 January 2017

Pinjaman ASB atau ASB Loan. Betulkah Menguntungkan?

Assalamualaikum wbt & Salam Jumaat Penghulu segala hari..

Pernah ka dengaq ASB Loan?? Atau dalam bahasa Melayu nya Pinjaman ASB.. Compom kita pernah dengar kan.. Lebih2 lagi bila saja kita masuk ke Maybank, CIMB Bank atau RHB Bank.. Kan? 



Tahun lepas, 2016.. Masa awal tahun.. Aku masuk Maybank di salah sebuah cawangan di Penang.. Kat kaunter cashier tu, ada tertempek satu kertas yang cantik dihias.. Dengan ayatnya:

ASB LOAN :

Simpan Sendiri ;

Sebulan RM300.00 x 12 bulan = RM3,600.00.. Dapat dividen (8%) = +- RM288.00 

ASB Loan (Loan RM50,000.00 selama 25 tahun ) :

Sebulan RM300.00 x 12 bulan = RM3,600.00.. Dapat dividen (8%) = +- RM4,000.00

MANA YANG LEBIH MENGUNTUNGKAN??

Begitulah lebih kurang iklan promosi Maybank di Penang pada masa tu lah.. Kita, secara tidak langsung, berfikir.. Memang sangat menguntungkan.. Keluarkan bajet sebulan sama saja = RM300.00 sebulan.. Tapi jurang dapat dividen ASB sangat besar.. Aku pada mulanya sangat tertarik.. Bila masuk kereta, fuyoooo.. Pikiaq-pikiaq, boleh la aku belasah ambik loan ni.. Memang untung..

Tapi, orang mcm aku ni biasa la.. Berpikiaq sangat panjang.. 2-3 sebelum ni pun planning dengan mem aku nak buat loan ASB ni.. Tapi bila congak pi congak mai.. Siap buat table Excel lagi mem aku.. Memang secara peribadi, tak lah begitu menguntungkan..

Berbalik semula pada promosi iklan diatas, sekali kita pandang & sekali kita berfikir, nampak dengan membuat ASB Loan bernilai pinjaman sebanyak RM50,000.00 dengan bayaran balik RM300.00 sangat menguntungkan daripada aku simpan sendiri dalam akaun ASB setiap bulan RM300.00.. Perbezaan penerimaan dividen ASB sangat besar jurangnya dimana kita dapat lebih sebanyak RM3,712.00 jika dibandingkan kita simpan sendiri. Betulkah??

Sambil pekena teh tarik & makan roti canai sekeping.. Rupa-rupanya, itu semua perangkap bank yang memerlukan target jualan bulanan tercapai. Ada baik dan ada juga buruknya. Cuma kita lihat balik iklan diatas.. Pihak bank hanya menyatakan dividen yang kita dapat jika kita membuat simpanan bulanan secara konsisten sebanyak RM300.00.. Dividen yang kita dapat ialah RM288.00.. Di boldkan pulak dividen jika buat pinjaman ASB.. Memang lah berbeza sebab kita melaburkan sejumlah RM50,000 pinjaman kita dan diberikan sijil pelaburan oleh PNB. Sepatutnya, jumlah duit kita sendiri adalah seperti berikut :-

Simpan sendiri secara konsisten:

RM300.00 x 12 bulan = RM3,600.00.. Dapat dividen (8%) = RM288.00.. Ok.. Bukan STOP takat ni saja ya.. Tambahkan lah dengan duit yang kita dok pi bubuh setiap bulan seperti berikut :

RM300 x 12 =RM3,600.00 + RM288.00 (dividen)=TOTAL update kita dalam buku ASB ialah : +-RM3,888.00.. 

Memang totally duit kita sendiri.. Silap2 lebih sebab aku buat anggaran ja pendapatan dividen tu.. Kalau ikutkan, RM3,600.00 tu dividen cecah RM500++.. Tapi kan kita simpan sikit2.. Jadi aku buat andaian saja lah.. 

Contoh: Cuba tengok kat bahagian Keuntungan Setahun. Kenapa pelaburan biasa tu tak ditambah dengan duit yang dok masuk tiap-tiap bulan? Kenapa hanya nyatakan dividen yang dapat??


Tetapi yang jelas dan nyata, duit kita sendiri dalam buku ASB kita berjumlah +-RM3,888.00... Bukannya RM288.00 yang bank dok memperendahkan simpanan sendiri kita tu.. Malahan kita bebas daripada HUTANG.. ASB Loan tu berhutang kan??

Ok.. Situasi diatas selesai.. Kepada anda.. Boleh buat research sendiri ya.. Segala pernyataan diatas adalah pendapat peribadi aku yang tak ada kaitan dengan sapa-sapa.. Sendiri buat research ya..

Berbalik pada hari ini.. Rata-rata peminjam loan ASB mengeluh.. Kenapa ya? Sebab dividen ASB yang baru diumumkan cuma 6.75%.. Ada sorang sahabat aku bgtau.. 

"Naya sungguh.. Aku bayaq Loan ASB setahun dalam RM7,500-8,000.. Aku dapat dividen ASB cuma RM6,500.00 lebih kurang saja.. Adoiiii.. Tak berbaloiiii.."

2 hari lepas, aku saja singgah di kaunter CIMB nak bertanyakan loan ASB ni. Aku ambik lah jadual bayaran balik.. Aku tak berminat tapi mem aku yang mcm nak cuba buat ASB loan ni.. Ambik saja la.. Seperti biasa, aku rasa ni kali yang ke-15 kot aku dok ambik flyers dan bagai.. Tapi haram tak buat pun.. hahaha.. Dan balik rumah aku buat la congak2 mengikut teori aku yang tak berapa nak cerdik ni.. Ok.. jom calculate :

Aku buat andaian ok.. Untuk Januari 2017.

ASB Loan : (Table CIMB Bank dengan kadar 5.2% interest)

Pinjam RM100,000.00 untuk tempoh 20 tahun. Bayaran balik RM671.00 sebulan tak termasuk insurans. Insurans punya hal kita tolak tepi dulu untuk memudahkan kerja pengiraan. Kita ambik pengiraan untuk tempoh 12 bulan dulu OK.

Bayaran balik = RM671.00 x 12 bulan = RM8,052.00.. Kadar dividen (2016) = 6.75%.. So, dengan pelaburan bentuk sijil kita bernilai RM100,000 tu, kita akan dapat dividen = RM6,750.00... Berbaloikah?? Kita dah bayar RM8,052 selama 12 bulan.. Kita dapat dividen cuma RM6,750.00.. Di situ kita dah mengalami defisit = RM1,302.00.. Berbaloikah lagi kita buat ASB Loan?? Dah la kalau sebelum ni kita tak pernah berhutang, kita dah termasuk dalam golongan manusia yang berhutang.. Berbaloikah?? 

Simpan sendiri :

RM671.00 x 12 bulan = dalam buku kita tercatat RM8,052 simpanan kita.. Lepas tu dividen aku tak mau kira lah sebab simpanan kita pun dah melebihi dividen yang orang buat ASB Loan dapat. Kalau masuk dengan dividen 6.75% tu, aku rasa, lepas update buku ASB, mau jugak dalam lingkungan RM8,500.00 lebih kurang.. Mana berbaloi??

Tepuk lah dada.. Tanya lah nak makan apa... Terpulang lah.. Kebaikan pinjaman ni, bagi aku cuma kita akan konsisten membuat bayaran sebab dah nama pun kita berhutang kannnnn? Sorry buat semua sales advisor utk staff bank yang ditugaskan untuk mencari klien.. Pengiraan aku diatas semuanya adalah pendapat peribadi aku berdasarkan teori ciptaan sendiri. 

Semoga menjadi panduan kita semua.. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang 'kurang' itu adalah daripada diri saya sendiri..

Sekian.. Nite

#jangankecamaku