Wednesday 2 December 2015

SK Desa Jasmin @ Trip To Langkawi 2015

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera...

Tu dia... Ada lagi yang depa buat sorok rasa aku.. -)


Cerita dah lama jugak.. Tapi tulis jugak lah.. 6-8hb November lepas, alhamdulillah berjaya bawa 37 murid Tahun 6 & 7 orang cikgu sekolah aku ke Pulau Langkawi.. First time bawak budak ke Pulau Langkawi.. Selalunya, projek lawatan aku dalam range 100-200km saja.. Tapi kali ni, mau 400-500km ke utara tanah air. 

Trip kami bertolak Jumaat petang.. Perjalanan memang rasa lama sungguh.. Tapi bezanya, kali ni aku jadi penumpang.. Selalunya jadi driver.. Hahaha.. 

Ambik feri jam 7.00am.. Itu feri yang mula. Aku dah buat full payment dengan Ferry Ventures Lines sebelum aku bertolak. Maksudnya 3-4 hari sebelum tu, aku dah settlekan payment.So, takdak la susah aku nak beratuq panjang lagi ambik tiket. Tapi.. Masa tengah solat Subuh di masjid kat sebelah jeti, dalam 6.15am, rupanya company feri dah call aku dah. Aku dok ingat, awai lagi, takdak la aku nak pi kaunter grouping untuk ambik tiket. Rupanya, walaupun dah buat full payment, bila sampai jeti, kena pi ambik tiket dulu. Nasib baik aku dengan lajunya jalan pi kaunter & ambik tiket. Kalau tak, time feri pilihan aku jam 7.00am tu dah dia nak bagi kat group lain.. Fuhh.. Nasib baik.. Dah naik feri, 1 jam jugak nak sampai ke Jeti Kuah, Langkawi...

En.Pot.. Are u ready naik kabel car?? Aku tak mau naik.. 

Keletihannnn...

Jejaka kacak Abg Sado, Sir Fairuz bersama adik2 sayang...

Sempat lagi main game dalam bilik hotel


Bila sampai jeti, aku call En.Mail yang uruskan transport aku.. Okey.. Bas ready.. Terus naik.. Tempat pertama pi Kilang Minyak Gamat... Tempat kedua, tempat jual kain batik.. Sebenarnya, berjalan pun tak selesa.. Budak2 aku pun tak selesa sebab perjalanan jauh, terus berjalan.. Dengan tak mandinya.. Adoiii.. Lepas tu kami terus ke Kota Mahsuri.. Dengan ketidakselesa tu, aku call Mr.Alan, maybe boss jugak kot kat Hotel Bahagia.. Aku request untuk check-in awal sebab budak2 dah tak selesa.. Dia kata ok lah.. Apa lagi.. Lepas lunch @ Jom Ikan Bakar, terus menghala ke hotel.. Pi check-in dulu.. Bila dah mandi.. Lega rasa.. Jenuh jugak nak setting bilik untuk budak2 aku.. Tp huru-hara biasa lah.. Depa dah ada group masing-masing untuk masuk bilik.. 

Lepas mandi, solat.. Terus pi Kabel Car.. Punyalah ramai manusia.. Sampai kabel car jam 3.00pm.. Dapat tiket jam 4.15pm.. Mau tak mau, kena lah tunggu.. Dalam tempoh menunggu, ada pulak sorang budak aku tengah main game apa ntah kat sebelah kaunter tiket tu, handphone hilang.. Apa nak dikata.. Aku mencari la jugak tp, handphone dah di off.. Nak buat apa lagi.. Pasrah saja lah..

Panjang lagi cerita aku ni sebenarnya.. Tapi dah segan nak bercerita.. Akhir sekali, sampai jugak kami ke Nilai jam 1.10am (awal pagi Isnin).. Puas lah budak2 ni berjalan.. Lagi puaslah cikgu-cikgu bershopping termasuklah diri aku & mem aku..

Apapun, terima kasih buat semua peserta yang join Trip Langkawi ni.. Terima kasih jugak kat guru-guru pengiring yang sporting.. My AGM (Asisstance General Manager) iaitu Cikgu Fairuz... Cikgu Rohayan.. Cikgu Zulaili, Ustazah Jazimah & husband.. Hangpa semua TERBAIKKK!!! Tahun 2016, kita pi lagi.. Tapi naik flight.. Okey

Sekian


No comments: