Wednesday 2 December 2015

SK Desa Jasmin @ Jamuan Akhir Tahun 4 Dinamik

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera..

Sebelum cuti sekolah akhir tahun baru ni, berjaya jugak lah kelas anak murid aku, 4 Dinamik menjayakan jamuan kelas.. Terima kasih buat semua murid 4 Dinamik / 2015 yang sporting.. Yang rajin, yang malas, yang suka main, yang suka berkhayal, yang suka menyapu sampah, yang suka tolong cikgu, dan mcm-mcm lagi kerenah anak murid aku.. Murid bersama guru bermula jam 7.30am - 5.20pm bagi yang bersekolah agama petang. Maksudnya, masa murid ni lebih byk dihabiskan disekolah.. 




Jamuan kelas kali ni agak hebat menunya.. Hahahahahahahaha... Nasi Beriani, lauk ayam beriani dan lauk-lauk tambahan.. Pastu aku beli Domino's Pizza.. Ha, puas makan... 

Apapun, TAHNIAH lah buat murid yang berjaya dalam exam.. Bagi yang kurang cemerlang, bolehlah berusaha lagi pada tahun 2016. Perjalanan anda masih jauh.. Aku secara peribadi berpuas hati dengan pencapaian keseluruhan murid kelas aku ni dengan Penguasaan Keseluruhan 97.5% berbanding dengan kelas Bestari 100%.. Cuma 2.5% sahaja ketinggalan.. Kalau nak dibandingkan dengan kelas ketiga iaitu Efektif, jauh lah kelas Dinamik ni tinggal.. Kalau tak silap aku, kelas Efektif cuma 60++% untuk Penguasaan Keseluruhan. Apapun, TAHNIAH murid-muridku!!!






Tahun 2016, diharapkan murid-murid aku mendapat guru yang lebih bagus.. InshaAllah.. Yang penting, kena USAHA..


No comments: