Wednesday 18 November 2015

SK Desa Jasmin @ Hari Karnival PIBG SKDJ 2015

Assalamualaikum wbt & Salam Rabu..



Alhamdulillah.. 31.10.2105 yang lepas, selesai lah penat lelah team PIBG, cikgu SKDJ dan para sukarelawan dalam menjayakan Hari Karnival PIBG SKDJ 2015.. Meriah!! Tu lah yang dapat dikatakan.. Aku antara manusia yang paling sibuk selain sahabat aku yg jugak Setiausaha PIBG, Ustaz Toha.. En.Hairy (NYDP PIBG).. En, Nasa (YDP PIBG) dan 3-4 orang AJK PIBG yang lain dalam melancarkan program ni. Bukan senang nak bagi smooth perjalanan program ni.. 



Apapun, terima kasih banyak kat pelanggan setia Karnival ni iaitu murid-murid SKDJ.. Tanpa pelanggan, hancur jugak program.. Selain daripada tu, terima kasih jugak lah kpd semua warga Nilai & yang seangkatan dengannya yang turut hadir memeriahkan program. Aku anggarakan antara 2500-3000 orang pengunjung yang hadir dengan jumlah kupon yang terjual ialah RM32,300.00... 

Kemeriahan bertambah dengan beberapa jualan produk seperti Perodua, RedOne, PTPTN, Maybank, RHB Bank, dan peniaga-peniaga lain..





InshaAllah.. Ada rezeki, PIBG buat lagi.. 


No comments: