Friday 25 September 2015

Majlis Khatam Al-Quran Dina & Tahlil Arwah a.k.a Doa Selamat

Assalamualaikum wbt..

Rasanya dah lama tak update blog aku nih.. Iya la.. Sekarang ni banyak sangat urusan lain yang perlu diselesaikan.. Hal kerja pun dah banyak sangat la ni.. Sejak memegang portfolio Bendahari PIBG ni lagi la parah.. Dengan uruskan projek lawatan ke Langkawi.. ke Melaka.. Hadoi.. Letih jugak kepala hotak aku nih... Walaubagaimanapun, life must go on beb..



Alhamdulillah.. Dalam kesibukan aku, masih diberikan keizinanNya untuk melunaskan janji aku utk anak aku yg sorang ni khatam Al-Quran nya.. Dah setahun jugak Dina dah habis mengaji.. Alhamdulillah.. Cuma majlis khatam selalu tertangguh.. Akhirnya, selepas mengadakan rundingan dengan mak mentua aku, jadi lah jugak buat Majlis Khatam Al-Quran & Tahlil Arwah pak mentua aku & mak aku serta sekalian arwah.. Untuk makluman, semalam, 24/09/2015, Hari Raya AidilAdha, & genaplah 12 tahun arwah pak mentua aku pergi menghadap Ilahi.. Aku cuma sempat merasa 360 hari saja bersama arwah.. Aku menikah 29/09/2002..  Arwah meninggal 24/09/2003.. Iya la.. Dah sampai masanya.. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah.. InshaAllah.. Oleh sebab 12 tahun pemergian pak mentua aku jugak lah, aku n wife decide untuk buat majlis di rumah mak mentua aku @ Felda Soeharto.. Sapa pernah sampai?? Angkat tangan.. -)




Pada Ahad lalu, 20/09/2015, Majlis dimulakan pada jam 9.30am.. Bermula lah khatam Al-Quran dahulu.. Kemudian.. Marhaban.. Lama jugak la menunggu persatuan ni bermahaban.. Geng marhaban ni semua team mak mentua aku sebab mak mentua aku pun join group marhaban ni.. Dalam jam 11.15am jugak lah baru selesai team marhaban ni.. Selepas sesi bergambar, jemputan lelaki pulak masuk ke rumah untuk majlis tahlil untuk arwah.. Diketuai oleh Ustaz Salimin, dan jemaah surau serta jiran-jiran terdekat, alhamdulillah.. selesai semuanya.. Terima kasih buat Ustaz Salimin & jemaah surau.. Ustaz Salimin ni lah yang nikahkan aku dulu.. Hahaha.. 

Ustaz Salimin paling kiri.



Menu makanan disediakan oleh Kak Ita caterer... Senang cita.. Bayaq ja lah.. Maleh nak susah2kan badan.. Menunya: Nasi putih, ayam goreng berempah, kari daging, masak lemak ikan masin + nenas, sayur kacang, ulam-ulaman, sambal belacan, bubur kacang, air 2 jenis.. RM6.00/pax.. Murah kan?? Dan disediakan juga pramusaji.. Lagi la aku senang.. Tp bayaran add-on la tu.. Kita cuma tolong sikit-sikit..

Terima kasih kak pramusaji yg byk membantu


Tentang goodies bag, alhamdulillah.. Dapat sediakan untuk 100 tetamu.. Hasil idea wife aku, dapat bagi kat tetamu goodies beg yang berisi sejadah, surah yassin, pulut kuning, bunga telur, bahulu.. Semoga Allah permurahkan rezeki kami sekeluarga.. InshaAllah..

Sejarah 4 generasi.. Moyang, Dina, Nenek, Mama..

Oklah.. Tunggu next story.. Terlupa.. Terima kasih kepada semua yang hadir ke Majlis Khatam Al-Quran & Tahlil yang telah kami sekeluarga adakan. Terima kasih jugak kat saudara yang datang dari jauh.. Kepada kakak-kakak aku, yang datang dari Bagan Serai, aku hargainya.. Terima kasih.


No comments: