Sunday 27 September 2015

Bola Sepak Pulau Pinang Dalam Kenangan

Assalamualaikum wbt..


Baru selesai tadi tengok bola live antara Pulau Pinang VS Pahang utk game ke-3 saingan Piala Malaysia 2015. Walaupun dah 15 tahun tinggalkan kenangan sokongan untuk team Penang ni, nostalgia kembali balik lepas tgk bola tadi.. Tahniah Penang sebab menang 4 - 1 dengan Pahang yang merupakan Naib Juara Liga Super. Dengan turun sebagai pasukan 'underdog', nah ambik 4 bijik meledak gawang Pahang. Terbaik.. Haria Penang Haria Habaq Hang!!!

Memori 90-an masih kekal diingatan


Bila tadi tengok Stadium Bandaraya, teringat aku masa dulu-dulu.. Aku mula masuk Stadium Bandaraya ni tahun 1990.. Masih bersekolah rendah. Tapi minat yang mendalam utk team Penang, aku tak lepas game Penang di stadium Bandaraya. Bapak aku bukanlah seorang penggemar sukan.. Semua sukan tak minat.. Masa tahun 90-an tu, aku masuk ke stadium dengan sorang pakcik rakan sepejabat bapak aku. Dia meniaga dalam stadium Bandaraya tu. Meniaga bihun sup.. Jadi, pukui 4.30pm dah tercangak aku depan pintu masuk stadium sebab geng-geng meniaga memang kena masuk awai. Itu lah keja aku setiap kali ada game di Stadium Bandaraya. Aku masuk ke stadium tu, aku tolong-tolong la jugak ambik air, bukak table dan lain-lain.. Janji aku masuk FREE.. Hahaha.. Nampak dak betapa hebatnya aku masa tu. Kecik-kecik lagi dah berdikari untuk kepuasan diri aku. Nak minta dengan mak pak aku, memang susah sebab aku sejak kecik memang dah dipatternkan utk tidak menyusahkan orang tua aku. Sebab orang tua aku bukanlah orang yang senang. 

Penang 90-an.. Merzagua Abderrazak masa tu hebat!!
Jadi, bila tadi tengok bola Penang main, terimbas lah sedikit kenangan utk aku berkongsi dan abadikan dalam blog aku ni.. Nanti anak cucu aku boleh tau apa yang aku suka masa kecik-kecik dulu (walaupun masa tu badan tetap montel).. 

Apapun, TAHNIAH buat team Penang 2015 sebab berjaya melangkah ke Piala Malaysia dan layak ke Liga Super untuk musim 2016 nanti. All d' best!!

Terbaik..

No comments: