Sunday 9 November 2014

Pembangunan Kawasan Sekitar NILAI Sebagai Hub-Pendidikan

Assalamualaikum wbt..







Kalau dulu, nama NILAI susah kita nak dengarkan.. Sekarang ni Nilai dah menjadi satu bandar yang bakal pesat membangun dalam jangka masa 4-5 tahun lagi. Aku pernah datang Nilai masa tahun 2003, memang apa pun takdak.. Jalan raya sunyi sangat.. Sekarang situasinya sangat berbeza.. Ini pernyataan aku masa tahun 2003.. Kalau lah warga asal Nilai, lagi lah depa nampak kepesatan pembangunan terutamanya melibatkan penempatan perumahan baru sangat pesat membangun. Sebab tu lah Nilai hartanah di sekitar kawasan Nilai , Mantin , Pajam , Labu sangat lah tinggi. Pembangunan Lembah Klang telah melanggar kawasan Kajang - Bangi... Seterusnya terus melanggar Bandar Nilai.. Alhamdulillah.. Untung lah kepada yang memiliki hartanah di kawasan Nilai.. Nilai Impian 2 pun tengah bersemangat untuk membangunkan kawasan komersial & berkemungkinan penambahan penempatan baru. Ada jugak aku dengar-dengar yang mengatakan, IKEA ( Zon Selatan ) akan didirikan di kawasan Nilai Impian 2 ni.. Wallahualam..

Sebenarnya aku nak bercerita tentang Nilai - Sendayan yang pesat sebagai hub pendidikan. Baru-baru ni aku saja meronda di sekitar kawasan Enstek - LBJ - Jijan.. Memang sebelum ni aku tau kawasan tersebut sebagai kawasan pendidikan. Tapi tak sempat pusing habis.. So, baru ni sempat lah aku pusing-pusing.. Di kawasan Nilai, terdapat pelbagai institut pendidikan seperti Universiti Sains Islam Malaysia, INTI Universiti College, Nilai University, Universiti Mannipal dan adalah 1-2 lagi.. Terlajak ke kawasan LBJ, ada beberapa insitusi pendidikan kerajaan persekutuan seperti Institiut Pendidikan Guru ( Kampus Pendidikan Teknik ), Koleh Tunku Kurshiah , Institut Aminuddin Baki, Politeknik Nilai , Pusat Bahasa yang dibina di satu kawasan berkelompok.. Alhamdulillah.. Begitu prihatin kerajaan memerintah hari ni yang membina hub pendidikan ini yang majoritinya yang mendapat pendidikan ialah bangsa Melayu yang beragama Islam.. Kalau ada yang tak kena di pihak kerajaan tu, biasalah.. Mana ada manusia yang perfect.. Aku rasa berbangga dengan pembangunan pendidikan yang telah diwujudkan ini demi pendidikan kelas tersendiri untuk rakyat Malaysia.

Secara tidak langsung, NILAI juga telah menjadi sebuah bandar yang disebut-sebut oleh rakyat Malaysia sebagai satu kawasan hub-pendidikan yang terkini yang disediakan oleh kerajaan pusat. Oleh yang demikian, eloklah kita bersyukur dengan nikmat Allah SWT yang diberikanNya kepada kita.

Semoga bandar NILAI terus membangun dengan pesat sebagai penempatan baru & hub-pendidikan yang berteknologi tinggi pada masa kini dan akan datang. Insha Allah

2 comments:

Rich said...

Tuan just nak tahu,kat area pajam ni memang tak ada ke sekolah rendah agama.Kebetulan memang nak beli rumah di area pajam ni.Try jugak pusing-pusing kat nilai tu.Tapi tak nampak pulak sekolah agama
menjana pendapatan

Chegu Anuar said...

Rich: Utk info tuan, di Negeri Sembilan, sekolah agama yang dimaksudkan oleh tuan tu, memang tiada bangunan khas. JHEAINS & JPNS bekerjasama dengan mengadakan sekolah agama (Kelas Agama Petang) di setiap sekolah kebangsaan. Sebagai contoh, di sekolah saya, sesi pagi sekolah aliran rendah.. disebelah petang, diadakan Kelas Agama Petang bermula jam 2.00pm-5.20pm hari Isnin, Selasa & Khamis... Harap dapat membantu..