Monday 2 June 2014

Penangan smartphone & laman sosial

Assalamualaikum wbt..

Ehsan Google.. TQ


Hari ni cuma nak berkongsi satu situasi yang aku dan anak aku tengok kat Restoran As-Salam, Desa Cempaka.. Pagi tadi aku pi breakfast kat As-Salam.. Dalam lingkungan jarak 5 meter meja aku, kelihatan dua orang warga emas yang aku rasa dalam usia 55 - 60 tahun.. Pasangan suami isteri agaknya.. 

Bermula aku duduk aku nampak masing-masing dok mengadap smartphone / tab kot.. aku dan anak aku sambil berborak dok tengok tingkah laku warga emas ni.. Dua-duanya memang tak angkat kepala.. Sibuk dengan telefon masing-masing.. Tu diaaaaaa.. Apa nak jadi ni?? Bukan tak baguih menyelusuri perkembangan dunia IT terkini, tapi sampai tak bercakap langsung.. Langung tak bercakap..... Pelik sungguh aku tengok.. Dari mula aku duduk sampai la aku masuk kereta nak balik, masing-masing terus mengadap telefon masing-masing.. Punya la dasyat.. Sampai takdak komunikasi antara pasangan suami isteri ni.. Agaknya dah cemuih kot bersembang dari muda sampai ke tua... Tu yang sibuk dok berinternet.. 

Entah laaa... Rasa mcm pelik.. Tapi itulah hakikatnya.. Bapak aku yang mungkin tua sikit daripada depa tu, tak pernah peduli handphone dia.. 

No comments: