Wednesday 20 November 2013

TAHNIAH buat Nurul Nabilla Irdina!!!!

Assalamualaikum wbt..

Makacih En. Ramli.. YDP PIBG

Makacih mama..

Ohhh idaman ku..

Bersama Izzatul Ilmuna.. Sahabatku


Alhamdulillah.. Bersyukur pada Allah SWT diatas keizinan-Nya, anak aku berjaya mendapat tempat ke-2 di dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2013 peringkat Sekolah Kebangsaan Desa Jasmin (SKDJ).. TAHNIAH buat Dina.. Terima kasih buat isteri tersayang sebab kesungguhan mengajar Dina sehingga berjaya dalam exam dia.. Terima kasih buat semua guru-guru SKDJ yang mengajar anak aku, Teacher Rina, Ustazah Siti, Cikgu Johanis, Cikgu Ummi, Cikgu Suzila, Cikgu Arifah, Cikgu Baizura, dan semua lah cikgu.. Harapkan aku..? Jenuh.. Aku ni agak kurang nak mengajar Dina mungkin sebab hari2 dah dok pi mengajaq murid kot.. Apapun, next year dah masuk Tahun 4.. Kenalah melipatgandakan usaha sebab Dina ni adalah first kohort yang mengikuti kurikulum baru KPM iaitu KSSR.. Tahun 4 ada subjek Sejarah, Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK).. Matematik Tahun 4 untuk 2014 pun dah masuk koordinat.. Memang kena bersungguh-sungguh.. Maintain kan pencapaian supaya kejayaan 3 tahun berturut-turut dapat naik pentas ambik hadiah Hari Anugerah Cemerlang..

Aku ada bgtau Dina.. Belajar lah sungguh-sungguh.. Abah dah berkhidmat 13 tahun tapi tak pernah sekali pun dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).. Abah tak kesah pun tentang APC tu.. Sebab bagi abah APC abah ialah Dina dapat cemerlang & dapat naik pentas tiap2 tahun ambik hadiah kecemerlangan.. Itu lah APC paling berharga bagi abah.. Huhuhuhu.. Sedih bona ceghita aku ni kan?? Kan?? Hahahaha

InsyaAllah.. Selagi kita kuat berusaha, adalah ganjarannya.. Tak dapat kot situ, kita dapat kot sini.. TAHNIAH sekali lagi kat Dina.. Hadiah dah claim kannnnn... 

No comments: