Sunday 4 August 2013

Kacau Dodol @ Jalan PCH 8 & 9 Perdana College Heights

Assalamualaikum...

Jumaat lepas (2/8/2013), geng2 lama Fasa Orchid @ Perdana College Heights yang diketuai oleh Chef Fadzil telah berjaya menganjurkan aktiviti membuat dodol.. Kami 11 orang sama-sama pakat, sama-sama tong-tong duit, sama-sama mengacau dodoi.. Alhamdulillah, menjadi jugak dodoi PCH ni.. Hahaha..

Pak Rashid dok kacau gula merah & gula Melaka

Aktiviti penyediaan bahan2 untuk buat dodol ni semuanya disediakan oleh Fadzil.. 2 kawah besaq, bahan2 masakan, dapur, tong gas dan sebagainya.. Fadzil ni memang suka masak-memasak.. Dibantu jugak oleh pakar2 pembuat dodol seperti Pak Sharip dan Mizi.. Aku ni pulak ikut ajo arahan.. Orang kata campak, aku campak.. Orang kata kacau, aku kacau.. Sebab aku ni tak pakar bahagian masak-memasak ni.. Hahahaha...

Kami mula membuat dodol ni jam 10.00 malam.. 10.15malam dah masuk santan semua.. Melalui proses yang biasa, akhirnya.. Dodol PCH berjaya siap jam 3.30am.. Huhuhu.. 5 jam lebih kugak la.. Pastu, nak clearance, masuk dalam rumah jam 4.10am.. Akhirnya dapat jugak sorang 4 bekas (dlm 4 kg).. Kalau nak beli tu, mau jugak RM80-100.. Sedap belum tentu sebabnya orang meniaga mestila nak untung kan.. Aku puji semangat yang terjalin diantara kawan2 di fasa Orchid @ PCH sebab kami lah antara penduduk PCH yang mula duduk di sini pada bulan Julai 2007.. Dan 6 tahun kami duduk, akhirnya berjaya hasilkan 2 kawah dodoi yang mana satu kawah dodoi durian.. Dulu, kami selalu buat aktiviti sendiri di Jalan PCH 8 & 9 nii.. Mesti pot belakang rumah Haji Azmi.. Haji Azmi ni memang baguih dan sporting.. Masa kami mula kacau dodoi, dia siap ambik radio pasang CD lagu ghaya.. Terbaek la haji.. Hahahaha...

Yang baju merah tu la Chef Fadzil.. Tengah kacau dgn Ramzi

Amir, Din & Mizi..

Yang baju putih tu otai, Pak Sharip..

Berpeluh dah ketiak bang.. Hahaha

Nampak tak?? Elok ja tu..
Semua kwn2 aku.. dr muda, sebaya sampai ke otai yang masih berbisa..

Brader Mizi tengah test tu..

Nah.. dah settle... Alhamdulillah
Sapa nak rasa dodoi home made, mai rumah aku.. Aku bagi sikit.. Free lagi tu.. Hehehe.. Thanks to all my friends @ Jalan PCH 8 & 9.. Anda semua terbaekkkk...


Kacau bang, jangan tak kacau.. -)

No comments: