Tuesday 19 February 2013

Dimanakah Anda Mengundi?

Assalamualaikum w.b.t..



Hari ini ingin berikan sedikit pandangan tentang tanggungjawab dan hak kita sebagai rakyat Malaysia untuk membuang undi. Bercakap mengenai mengundi ni, terasa bahang pilihanraya umum ke-13 yang akan muncul dalam masa beberapa hari saja lagi. Undi anda akan menentukan kerajaan yang bakal dibentuk untuk masa depan negara kita Malaysia yang tercinta. Salah pilih 'bendera', bermaksud terimalah apa saja yang akan berlaku kepada diri sendiri, keluarga, bangsa, agama dan negara. 

Bagi pandangan aku yang terlibat secara tidak langsung dalam urusan politik di kawasan Nilai ini berpandangan, pengundi di Nilai sekarang dah mencecah 20,010 orang pengundi. Jika, pemaustatin2 baru seperti di Nilai Impian, Desa Ria, Taman Mulia, Perdana College Heights dan lain2 penempatan baru di Nilai menukar alamat serta tempat mengundi, maka bilangan pengundi mungkin akan berlaku penambahan besar. Yang ingin aku 'highlightkan' disini adalah, situasi ini berlaku:

SOALAN: Hang mengundi di mana?
JWPN: Aku mengundi kat kampung..
SOALAN: Kenapa tak tukar tempat mengundi kat sini? Kan dah beli rumah kat sini..
JWPN: Mana boleh.. aku mesti mengundi kat kampung.. Kalau tak, kalah nanti.. Undi aku penting kat sana..

Pernahkan berlaku atau kedengaran situasi mcm ni? Teman rasa mesti pernah kan..? Atau diri kita sendiri yang akan berpihak di pihak JWPN (seperti dialog diatas).. Terpulang lah pada selera masing2. Ini pandangan peribadi aku la. 

Bila kita dah membeli sebuah rumah kediaman dan mensasarkan untuk tinggal disitu dalam jangka masa yang panjang, eloklah ditukarkan tempat mengundi anda ke kawasan DUN penempatan kediaman baru kita. Ini kerana, kita sebagai rakyat yang bakal tinggal lama dikawasan baru berkenaan perlukan kemudahan infrastruktur yang selesa, jalan raya yang berkualiti, sistem aliran trafik yang baik, perkhidmatan PBT yang sempurna, dan banyak lagi la yang akan ditentukan melalui undi kita dikawasan kita. Wakil rakyat juga akan membuat penafsiran bilangan pengundi disatu2 kawasan penempatan untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat.

Wakil Rakyat amat mengharapkan undi kita untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang disatu-satu kawasan. Sebagai contoh; Jika satu taman perumahan tu mempunyai 800 buah rumah kediaman yang telah didiami dan jika sepasang suami-isteri adalah pengundi, maka akan menjangkau 1600 pengundi dikawasan tersebut. Tapi malangnya, daripada 1600 penghuni itu, cuma 85 orang saja yang mengundi di kawasan DUN kediaman baru itu, selebihnya 1515 penghuni lain mengundi dikawasan luar atau kampung halaman, bagaimanakah seseorang wakil rakyat dapat memberikan perkhidmatan yang baik walaupun memang sepatutnya beliau wajib memberikan perkhidmatan? Kesimpulannya, KITA MENGUNDI DI KAMPUNG, tapi PERLUKAN PERKHIDMATAN KELAS 1 DIKAWASAN PENEMPATAN BARU KITA.. Berbaloi ka? Cuba pulak anda dipihak Wakil Rakyat berkenaan.. Mahukan anda memberikan perkhidmatan yang jitu? Semestinya jawapan anda.. "NANTI SAYA AKAN SELESAIKAN, tapi dalam hati BIAR LA LAMBAT2 SIKIT.. Hal ini lah yang mengakibatkan berlakunya kawasan pilih kasih.. 

Oleh hal yang demikian, teman nak menyeru kepada sahabat2 semua, berfikir2 lah tempat mana untuk anda membuang undi anda.. Berfikirlah demi kebaikan semua pihak.. 

Jom Undi.. Undi apa? Undilah...


No comments: