Friday 23 November 2012

Bandar Nilai sekarang dah sibuk..

Assalam...

Dataran Nilai
Hari ni just nak tambah satu info tentang Bandar Nilai.. Kalau sebut Nilai, semua orang tau ialah Nilai 3.. Itulah trademark Nilai..

Aku mula masuk atau berhijrah ke Nilai bulan Julai 2007.. Kenapa berhijrah ke sini? Sebab aku beli rumah kat Pajam.. Kalau orang tanya, "Hang dok mana?".. Kalau jawab Pajam, memang Pejam la bijik mata orang tu.. Tapi kalau kata Nilai, memang orang tau laa.. Sebenarnya memang takdak kena mengena langsung diri aku, wife aku dengan Nilai ni ataupun Negeri Sembilan.. Kampung aku di Bagan Serai, Perak dan wife aku Felda Soeharto, Kuala Kubu Bharu.. Jadi, kenapa aku beli rumah kat Nilai? Sebabnya aku saja yang tau masa depan aku dan family aku.. Tentang kampung di mana, tak la penting sangat sebab aku bukan beli rumah kat Kanada.. Kan..?


Apa yang ada di Nilai? Masa aku pindah dulu, jalan dari Tol Nilai ke rumah aku di Pajam ( dlm 8km ) punya lah lengang.. Kereta tak banyak.. Kalau nak mai rumah aku, silalah.. Dari Tol Nilai, ikut signboard Pajam atau Mantin akan melalui stesen komuter Batang Benar dan Kampung Batang Benar.. Tak jauh dr situ nampak lah rumah aku, Perdana College Heights.. Projek perumahan ni dibuat oleh pemaju Seri Pajam Development.. Banyak rumah2 baru yang dibuka untuk jualan.. Tapi harganya dah melampau laa... Boleh bukak website Seri Pajam dan cuba2 lah tengok harga rumahnya.. semuanya dah RM350K ke atas.. Huhuhu... Akses lagi satu boleh ikut Highway LEKAS dari Kajang - Senawang exit Tol Pajam.. Dari rumah aku cuma 1km ke Tol Pajam.. Dekat kan? Kalau nak pi Kajang dalam 15 minit boleh sampai dah...

Simpang jalan masuk taman Perdana College Heights

 La ni kalau pagi2 nak pi keja , mak aihhh,,, jalan tersengguk-sengguk.. banyak sangat kereta.. Aku dok rasa dah ramai penduduk dah yang mula menetap di Nilai dan kawasan sekitarnya.. Harap2 kepesatan pembangunan kat Nilai akan bertempias la harga rumah aku nanti.. Kawasan taman aku memang aman.. pagi2 siap berkabus lagi sebab masih dikelilingi kawasan bukit dan kampung.. Best oooooo.. 

Tentang kedai makan, boleh la tahan.. Kalau sapa suka nasi kandaq, boleh try Nasi Kandar Lawood.. Nasi kandaq dia memang terbaek di pasaran.. Aku memang kaki nasi kandaq dapat meNILAI kesedapannya.. Kalau pi tengah hari, beratur panjang sangat sebab staff dari airport pun sanggup mai.. Tapi ni bukan mamak nooo.. oraang Kelantan yang buat.. Nah cuba tengok gambar bwh ni...




Kalau makan malam pulak, boleh pi Restoran Aunty aini's.. Mak kepada Zarina An-Juli (pelakon pontianak tu).. Pekena masak lomaknya, perrhhhh.. melekat.. Lebih2 kena inkan tenggiri masak lomak.. RM10 semangkuk = seketul ikan tenggiri.. Aku pernah dua kali pi kedai ni.. Memang sempoiii..



Kemudahan asas yang patut ada di Nilai ialah hospital dan penambahan sekolah rendah & menengah.. aku berharap pihak kerajaan dpt mendirikan sekolah lebih banyak supaya seimbang dengan pembangunan serta penempatan yang semakin bertambah.. Hospital jugak amat diperlukan di kawasan Nilai kerana hospital yang berdekatan ialah Hospital Tunku Jaafar di Seremban... Mcm IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Nilai dah ada walaupun di bangunan sementara di Mantin.. Satu pembaharuan la tu.. IPD Nilai mula beroperasi pada bulan Mac 2012 dengan menggunakan kuaters polis di Mantin sebagai pusat operasi.. Senang la sikit.. Dulu kalau ada kes, kena tunggu IO (Investigate Officer) dari IPD Seremban turun.. mau jugak 2-3 jam baru sampai.. La ni sekejap saja dah sampai..

Sekian saja dulu cerita saya tentang Nilai.. Ok.. Bye and Good Nite








No comments: