Thursday 18 October 2012

Standby Nak Pi Rombongan Cik Kiah ke Melaka

Assalam...



Lagi 11 hari akan berlangsunglah rombongan Cik Kiah ke Melaka.. Hahaha.. Rombongan budak2 sekolah aku ke Melaka. Trip kali ni pada 31.10.2012 ( Rabu ).. Jumlah murid yang join 211 orang murid.. Memang ramai.. Jenuh jugak la aku dok atuq strategi nak nak berdisiplin sikit budak2 ni.. Dengan jumlah sebegitu, aku kena set kan 20 kumpulan... Aku dah siap beli gelang getah utk budak2 ni supaya senang nak kenalpasti.. Gelang getah tu pun aku beli 5 warna sebab 5 buah bas yang terlibat.. Destinasi kali ni dua tempat saja, Zoo Melaka & Melaka Wonderland Water Park...



Kalau aku buat lawatan, kebiasaannya, aku akan turun ke site dulu utk kenalpasti lokasi mana yang patut didulukan dan mana yang patut dikemudiankan.. So, aku dah ke Melaka bulan lepas utk tengok jarak, masa dan tempat makan. Tempat makan dah booked kat Che 'A' Asam Pedas Melaka... Aku suruh dia buat makanan kat semua budak2 aku termasuk 13 orang chegu yang follow.. Dari segi harga, nampak gayanya ok jugak la...

Yang menjadi masalah, aku masih tunggu green light daripada PPD sebab nak kena buat payment Isnin depan.. Harap2 PPD dapat bagi kelulusan segera.. Amin..

Kepada blogger, ada masa, jumpa disanaaaaa... -)

2 comments:

Anum said...

wow bestnya

are_lin@yu said...

wahh beznya ayu xpnh smpai mlka g ni..hehe